Friday, July 15, 2011

Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong X


Pagi ini, ku bawa kaki melangkah dengan penuh semangat menyusuri tangga ke Dewan Ainon Mohd, Wangsa Melawati. Dalam hati telah ku kunci satu azam, untuk mempelajari sesuatu yang berharga dalam seminar Guangzhou 101 ini nanti. Namun jauh disudut hati, tidak kunafikan masih tersimpan sekelumit rasa gundah kerna aku sebenarnya masih tercari-cari bisnes apakah yang mahu aku mulakan selepas ini. Lantas dalam diam tangan ini ku tadah memohon kepadaNya "Ya Allah, kurnialah kami kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul dan ilham para Malaikat", dengan harapan akan diilhlamkan kepadaku idea-idea yang menarik untuk aku gunakan dalam menjayakan misi dan minat aku dalam dunia perniagaan ini.

Dan tatkala Tuan Nizar memulakan sesi seminar ini, seluruh jiwa dan ragaku aku fokuskan pada apa yang cuba beliau sampaikan. Ternyata langkah pertama aku dalam misi bisnes ini dengan menghadiri seminar Guangzhou 101 adalah tepat. Slide bertukar slide, modul bertukar modul, hatiku ini terasa semakin berisi, dan idea datang dengan mencurah2. Aku cukup seronok dan terpegun dengan apa yang disampaikan oleh beliau. Segala keraguan, ketakutan dan kekeliruan yang selama ini terpendam dilubuk hatiku tentang dunia bisnes borong China ini berjaya dikikis sedikit demi sedikit oleh tunjuk ajar Tuan Nizar.

Sehingga terdetik dihati ini betapa bodohnya aku kerana tidak mahu memulakan bisnes ini lebih awal lagi. Ternyata kehadiran aku ke majlis ilmu ini tidak sia-sia. Jalan bisnes borong China yang selama ini ku lihat bersemak-samun dan penuh berliku, telah habis ditebas dan dibersihkan oleh Tuan Nizar. Jalan perniagaan ke sana kembali cerah dan terbuka luas untukku..

Lalu dengan azam yang jitu, aku sematkan di hati ini aku bahawa Destinasi Borong Pilihanku pastinya Guangzhou, China. dan aku yakin, dengan izin Yang Maha Kuasa, aku mahu memulakan bisnes borong lampu hiasan dalaman pada suatu hari nanti. GUANGZHO, TUNGGU AKU!!!!

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China danVietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.